Monday 6 February 2017

 MPU  1152- Pengajian Malaysia




PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

NAMA AHLI KUMPULAN : 

 AHMAD ASARI BIN AMIR
 MUHAMMAD AIMAN BIN OTHMAN 
 NUR HANIS BINTI RUSLAN 
 NOR HAZIRAH BINTI HUSIN 
 NUR FARAH AMIRA BINTI MOHD SAFUAN





KELAS : SFP 3

KURSUS : MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA

SESI: NOVEMBER 2016

NAMA PENSYARAH : NAZELIRA BINTI A RAHMAN






Assalamualaikum...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan folio kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Perkembangan Sistem Pendidikan Sebelum Dan Selepas Kemerdekaan. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus berkumpulan.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali kepada PN NAZELIRA BINTI A RAHIM selaku pensyarah MPU 1152 PENGAJIAN MALAYSIA kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat.

Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.


Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.






2.0 PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, sistem pendidikan orang Melayu adalah berlandaskan kepada kitab suci al-Quran. Aktiviti mereka terhad kepada membaca Quran, huruf abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa serta mempelajari prinsip-prinsip agama Islam. Pada masa itu organisasi masyarakat Melayu adalah kurang kompleks. Kebanyakan orang Melayu hanya bekerja sebagai petani atau nelayan. Sistem Pendidikan lama ini telah mengalami perubahan yang besar selepas kedatangan pihak Kolonial Inggeris ke Tanah Melayu. Pihak Kolonial Inggeris telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik. "Pada peringkat ini (1824-1957) Pendidikan di Tanah Melayu telah dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan." (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Sistem Pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan Inggeris ialah 4 sistem persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan Sekolah Inggeris.




3.0 PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM DAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

Terbahagi 2 fasa:
1. Sebelum zaman Kolonialisme British (1400-1786)
2. Semasa Zaman Kolonialisme British (1786-1956)
  • Sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941)
  • Selepas Perang Dunia Kedua (1946-1956)



Sistem Pendidikan Sebelum Merdeka         (1400 – 1956) – 2 FASAFasa 1: Sebelum Zaman Kolonialisme        Fasa 2: Semasa Z...
FASA 1 : SEBELUM ZAMAN KOLNIALISME BRITISH (1400-1786)Peringkat Pertama     Peringkat Kedua              Peringkat Ketiga ...
• 1511- Portugis                  • 1786- Inggeris  tawan Melaka                      memerintah, sistem  -Pendidikan     ...

FASA 2 : SEMASA ZAMAN KOLONIALISME BRITISH                   (1786-1956)1. Peringkat Pertama : Sebelum Perang Dunia       ...


Sebelum Perang Dunia Kedua (1786-1941)

FASA 2 : SEMASA ZAMAN KOLONIALISME BRITISH (1786-1956)                         2 Peringkat      P1 :SEBELUM PERANG DUNIA K...
Sek Vernakular Melayu:• 1826, di P. Pinang:  1. Sek Melayu Gelugur  2. Sek Melayu Bayan Lepas  3. Sek Melayu Ayer Hitam• 1...
• Sekolah Melayu I- di Selangor dan di Perak  dikhaskan utk laki-laki disebabkan prasangka yg  wujud dlm kalangan ibu bapa...
*Sek Cina ditubuh, dibiaya dan  dipertanggungjawabkan kpd masyarakat Cina  sendiri, termasuk guru-guru dari negara Cina, d...
• 3 peringkat sistem pendidikan Cina :          Jenis Sekolah                             Tempoh pengajianSekolah rendah  ...
• Sek Vernakular (Melayu, Cina dan Tamil) hanya mampu  membekalkan murid-murid dgn pendidikan asas melalui Bahasa  Kebangs...
• Sekolah Tamil didirikan oleh pemilik-pemilik ladang bagi  mendidik anak-anak pekerja,namun menghadapi  masalah spt sambu...
• Hasil kajian Jawatankuasa Wooley (1870)  menyedarkan Kerajaan British tentang keperluan  latihan profesional bagi guru –...
Pendidikan Tinggi• IPT pertama –Sek perubatan King Edward VII di Singapura  (1905) yg kemudiannya mengalami perkembangan  ...



Selepas Perang Dunia Kedua (1946-1956)
  • Sistem pendidikan masih lagi merangkumi Peringkat Rendah dan Menengah, Latihan Perguruan dan Pendidikan Tinggi..
  • Penstrukturan semula sistem pendidikan dilakukan melalui Rancangan Cheeseman (1946)
  • 1949- Pemansuhan Malayan Union mengakibatkan Rancangan Cheeseman lupus kerana tidak berfokuskan integrasi sosial dalam pelbagai kaum.
  • 1951- Laporan Barnes mencadangkan hapus sekolah Vernakular dn digantikan sekolah Dwibahasa di samping beberapa cadangan lain.
  • 1952- Laporan Fenn-Wu cadangkan supaya BM, BC, dan BI dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Vernakular.





4.0 CADANGAN-CADANGAN PENDIDIKAN

PENYATA BARNES , 1950
    - Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957. Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes. Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah : 
    • Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
    • Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
    • Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. 
    • Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
    • Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
    • Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
    - Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1952 dikuatkuasakan selepas kajian terhadap Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951.

    PENYATA FENN-WU , 1951

    -Laporan Fenn-Wu 1951 diadakan sebagai reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes 1950. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Profesor Dr. Wu Teh Yao ynag bekerja dengan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
    -Laporan ini mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950. Masyarakat Cina bandar ketika itu menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa Cina dan kebudayaan Cina. Pandangan dan kajian lporan ini kemudian diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    • Sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
    • Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
    • Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysia.
    ORDINAN PELAJARAN , 1952

    -Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu / Malaya untuk mengkaji Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951).

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    • Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
    • Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
    -Walau bagaimanapun , Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku darurat dan juga sebab kekurangan wang. 

    PENYATA RAZAK , 1956

    - Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteru Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.
    - Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebaai bahasa pengantar bagi SRK. 
    - Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia juga menbenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.

    Cadangan-cadangan laporan tersebut ialah :
    •  Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
    • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah.
    • Bagi sekolah jenis kebangsaan , bahasa inggeris , cina dan tamil menjadi bahasa pengantar.
    • Sekolah-seolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
    • Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
    • Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan
    •  Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR) , Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
    • Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persektuan ditubuhkan.
    PENYATA RAHMAN TALIB , 1960

    -Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:

    • Menjadi titik pemulaan ke arah pelaksanaan bhasa Malaysia sebagai bhasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Rahman Talib ialah :

    1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.
    2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
    3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hinnga umur 15 tahun.
    4. Murid naik darjah secara automatik.
    5. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang.
    6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.
    7. Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.
    8. Mata pelajaran aneka jurusan di Sekolah Menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.
    JAWATANKUASA KABINET , 1974

    • Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berdisiplin.
    • Masa untuk pelajaran agama Islam ditambah dan pendidikan Islam perlu diajar di maktab perguruan.
    • Mata pelajaran aagm Islam / Tamadun Islam diajar di pusat pengajian tinggi.
    • Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam.
    • Cadangan telah diterima oleh pemerintah dan segala tuntutan menjadi kenyataan pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an.
    LAPORAN JAWATANKUASA KABINET , 1979
    • Penekanan kepada pendidikan asas iaitu 3M (Membaca , Menulis , Mengira)
    • Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang dikehendaki.
    • Penekanan kepada kurikulum Malaya.
    • Pendidikan menengah atas mempunyai dua aliran iaitu akademik dan vokasional.
    • Peluang untuk meneruskan pelajaran daripada umur 9 tahun sehingg 11 tahun.
    • Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan.





    5.0 KESIMPULAN

    1. Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang agak pesat untuk memenuhi keperluan bangsa dan negara.
    2. Selepas merdeka dan sehingga masa kini, pihak kerajaan telah cuba mengubahsuai sistem yang sedia ada supaya sistem tersebut dapat mencapai hasrat membentuk sebuah negara yang boleh hidup dengan harmonis.
    3. Antara perkara-perkara yang telah dilakukan ialah :
    • Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi di negara ini dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan serta bahasa rasmi dunia.
    • Pendidikan seumur hidup kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan khas (OKU).
    • Sekolah sebagai penyatuan masyarakat berbilang kaum.
    • Melahirkan modal insan bertaraf dunia yang produktif, progresif, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global.
    • Pendidikan yang dapat melahirkan seseorang yang dapat menyumbang kepakaran kepada masyarakat dan negara.





    6.0 RUJUKAN

    1) Buku Teks / Buku Rujukan
    • Nama Pengarang : RAMLAH ADAM , SHAKILA PARWEEN YACOB , ABDUL HAKIM SAMURI , MUSLIMIN FADZIL ; DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
    2) Orang Sumber
    • Pn.Nazelira Binti A Rahim ; Pensyarah Kolej Komuniti Bukit Beruang
    3) Internet
    • https://www.google.com/




    2 comments:

    1. assalamualaikum...salam ramadan ...mohon untuk dikongsikan maklumat ini untuk digunakan oleh pelajar - pelajar saya dalam mnenyiapkan kerja kursus sejarah pt3 2019..semoga diberkati..terima kasih

      ReplyDelete
    2. The best slot machines in the US - Dr.CMC
      With over 3,100 광명 출장마사지 slot machines, and many more, it's no wonder 안산 출장마사지 slot machines 논산 출장샵 are becoming popular. It is 당진 출장마사지 a game of chance. 상주 출장샵

      ReplyDelete